SHOWCASE PRA SEKOLAH 2014

Tarikh: 12 Mac 2014
 
Hari: Rabu
 
Tempat: Pra Ruby, Pra Emerald dan Pra Topaz
 
 
 






PROGRAM SUAI KENAL GURU BARU

Isnin, 10 Mac 2014 - Beberapa orang guru baru telah mengadakan lawatan pengajaran dan pembelajaran ke Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah beberapa orang pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah. Sebelum lawatan dimulakan, guru besar telah memberikan taklimat mengenai profil sekolah kepada guru-guru baru dan seterusnya melawat ke beberapa buah kelas termasuk makmal komputer.
 

Taklimat disampaikan oleh Guru Besar
 
 Guru-Guru Baru
 


 
 


MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE 30 & PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN BARU AJK PIBG SESI 2014-2016

Tarikh: 9 Mac 2014
 
Jam: 8.30 pagi
 
Tempat: Dewan Sejahtera, SR Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong
 
 
Pasukan koir memulakan acara
 
Murid-murid prefek mendeklamasikan sajak
  
Persembahan memukun oleh Ahli-ahli PIBG perempuan
 
 Persembahan memukun oleh Ahli-ahli PIBG lelaki
 
Pengerusi PIBG Sesi 2014 - 2016
 
 Beberapa ahli tertinggi PIBG yang baru dilantik
 
Tetamu Kehormat, Mantan Guru Besar SR DRHMJaafar Kiarong menyampaikan hadiah kepada pemenang
 
 
 
 

PENYERAHAN SEDEKAH KEPADA ISTERI MANTAN KETUA KAMPONG KIARONG

Jumaat, 28 Februari 2014 - Beberapa ahli tertinggi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong, Brunei III bersama Guru Besar telah datang menziarahi rumah balu mantan Ketua Kampong untuk menyerahkan sedekah daripada PIBG.
 
 Guru Besar menyerahkan sedekah kepada balu mantan Ketua Kampong
 
  Pengerusi PIBG menyerahkan sedekah kepada balu mantan Ketua Kampong
 
Guru Besar dan Ahli-ahli Tertinggi PIBG bergambar ramai bersama balu mantan Ketua Kampong


MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2014

Sabtu, 15 Februari 2014 - Murid-murid Koir Tahun 1 Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong telah dijemput untuk membuat persembahan koir di dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2014. Majlis tersebut telah diadakan di Royal Berkshire, Jerudong. Pasukan Koir Tahun 1 mempersembahkan lagu Hopes and Dreams dan Guruku Tersayang. Sebelum balik ke sekolah, murid-murid Koir Tahun 1 telah diberi peluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan Menteri Pendidikan, Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong.
 





PERTANDINGAN AKHIR DRAMA MUZIKAL KUMPULAN TUNAS MEKAR

Khamis, 13 Februari 2014 - Alhamdulillah Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong telah dinobatkan menjadi Juara Pertandingan Akhir Drama Muzikal Kumpulan Tunas Mekar bagi Sekolah-Sekolah Rendah 2014. Manakala Cikgu Ak. Haji Muhd Khairul Amilin Bin Pg Hj Yahya telah mendapat anugerah Pengarah Terbaik.Tahniah kepada semua murid-murid yang telah menjayakan drama Nilai Sebuah Pengorbanan dan juga kepada guru-guru yang terlibat.
 
Tahniah DR.K!
 
Pengarah Terbaik, Ak. Hj Muhd Khairul Amilin Bin Pg. Hj Yahya

Guru Besar, Cikgu Hj Muhammad Nikman Bin Hj Muhammad Isa dengan piala kemenangan
 
Syabas! Guru Besar bersama guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam
Pertandingan Drama Muzikal

Murid-Murid yang menjayakan Drama Nilai Sebuah Pengorbanan