Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011

Pada 12 September 2011, Hari Isnin - Warga SR Datu Ratna Hj Muhammad Jaafar Kiarong telah merayakan Sambutan Hari Raya di sekolah. Acara dimulakan dengan murid-murid dan guru-guru berkumpul di dalam Dewan Sejahtera. Penolong Guru Besar 1 dan 2 akan menyerahkan duit hari raya daripada guru-guru dan kakitangan sekolah kepada semua murid-murid. Bagi memeriahkan lagi suasana hari raya pada pagi ini, guru-guru akan berkunjung ke kelas-kelas bagi menikmati kuih-kuih raya yang dibawa oleh murid-murid.