Semarakkan Ramadhan Yang Mulia

Sekolah Rendah Kiarong, Brunei III : Masjid jame Asr Hassanil Bolkiah, Sabtu, 10 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 21 Ogos 2010M, telah mengadakan Sembahyang Sunat Doha yang telah di imamkan oleh Yang Mulia, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Pegawai Masjid. Sebelum mengerjakan sembahyang Sunat Doha, beberapa penerangan yang disampaikan oleh Pengiran Haji Haslin mengenai dengan kelebihan Sembahyang Sunat Doha yang diberikan oleh Allah Taala kepada sesiapa yang selalu mengerjakannya yang telah dipetik dari Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Program ini diselajurkan dengan bacaan Tadarus Al Quran bagi guru-guru, kakitangan dan murid-murid Sekolah Rendah Kiarong. Tujuan program ini adalah bagi menghayati dan menyemarakkan lagi suasana Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.