PENGUMUMAN!!

Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong, Brunei III akan mengadakan Majlis Pelancaran DR.K's Herbs Plant-A-Thon pada hari Ahad 8 Julai 2012. Beberapa aktiviti yang akan dijalankan selama dua hari iaitu 6 Julai 2012 (hari Jumaat) dan 8 Julai 2012 (hari Ahad). Aktiviti yang akan dijalankan adalah Sukan Ria Keluarga DR.K, peraduan mewarna, senamrobik, perlawanan persahabatan guru-guru dan ibubapa. Selain daripada itu, ada juga jualan dan permainan bouncer diadakan. Kepada sesiapa yang hendak ikut serta dalam jualan bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil borang. Ibu bapa / penjaga adalah dialu-alukan datang bagi menjayakan majlis ini.

Peraduan Mendeklamasikan Sajak Peringkat Saringan

16 April 2012 - Alhamdulillah peserta peraduan mendeklamasikan sajak dari SR DRHMJ Kiarong, Dyg Faridah Basyirah dan Mohd Iman Waez telah berjaya mendapat tempat kedua dan sekaligus melayakkan diri ke peringkat 'final'.



 

PERTANDINGAN "PUPPETS SHOW"

14 April 2012 - Tahniah kepada murid-murid Tahun 3 yang mengikuti pertandingan Puppets Show kerana telah mendapat naib juara. Pertandingan ini telah diadakan di Sekolah Rendah Rimba II yang dianjurkan oleh JAPSER Brunei III.
 
 








Pertandingan KTM peringkat saringan - Cinta Seorang Patriot

4 April 2012 - Alhamdulillah dan Tahniah kepada pasukan Drama SR DRHMJ Kiarong kerana telah berjaya masuk ke peringkat 'final'.









Lawatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Ke Sekolah Rendah Amo, Temburong

21 Mac 2012, Hari Rabu - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong Brunei III telah mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Amo, Temburong. Lawatan ini adalah salah satu aktiviti pada cuti sekolah penggal pertama. Seramai lima puluh orang iaitu ibu bapa, guru dan murid telah menyertai lawatan ini dengan menaiki bas yang telah disediakan. Beberapa persembahan dan aktiviti telah disediakan oleh pihak Sekolah Rendah Amo, Temburong bagi menyambut kedatangan warga PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong Brunei III.



























Staff Development - E-Entertainment (Safety)

7 Mac 2012 - Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong telah menjemput Cikgu Zuno Kartono dari Sekolah Rendah Rimba I untuk mengadakan staff development mengenai E-Entertainment (Safety). Staff development ini telah dihadiri oleh guru-guru dari Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong dan Sekolah Rendah HMJM Kiulap.




Out Reached Program - Pengajaran ICT Fasa Pertama

Tarikh: 17 Februari 2012
 
Tajuk: Pengajaran ICT Fasa Pertama
 
Tempat: Bilik Komputer 1 & 2
 
 


 

MAJLIS PELANCARAN KESELAMATAN JALAN RAYA

30 Januari 2012, Hari Isnin - Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong Brunei III bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Majlis Pelancaran Keselamatan Jalan Raya. Pelancaran Keselamatan Jalan Raya ini telah dilancarkan oleh Ketua Kampong Kiarong, Yang Mulia Haji Omarsidi Bin Haji Ahmad. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan Doa selamat oleh Ustaz Haji Bahrinman Bin Pengarah Haji Abdullah dan diteruskan lagi dengan kata alu-aluan dari Guru Besar, Cikgu Hjh Taibah Binti Haji Ahmad.

Acara diteruskan lagi dengan pelancaran dan penyerahan baju keselamatan dan tiang 'STOP' kepada guru-guru yang bertugas.






MEMBACA RATIB AL-ATAS BERAMAI-RAMAI

5 Januari 2012, Hari Khamis - Bacaan Ratib Al-Atas telah diadakan di dalam Dewan Sejahtera yang telah diketuai oleh Ustaz Haji Bahrinman Bin Pengarah Haji Abdullah.



 Selepas selesai membaca ratib al-atas, Guru Besar memberikan beberapa nasihat kepada murid-murid dan seterusnya mengenalkan dua orang guru yang baru bertugas di sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Zawanah dan Cikgu Dk. Siti Khadijah.