Staff Development - Ceramah Mengenai Histeria

Rabu, 28 September 2011 dan Isnin, 3 Oktober 2011 - Cikgu Hjh Noorul Faizah Binti Abdullah telah menjemput Ustaz Haji Anwari Bin Haji Rawee dari Pusat Da'awah Islamiah untuk menyampaikan ceramah mengenai Histeria. Ustaz Haji Anwari telah menerangkan mengenai histeria dan punca berlakunya histeria. Beliau juga telah memberikan beberapa panduan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah untuk menanganinya apabila terjadinya histeria. Ceramah ini telah diadakan di bilik Inayah, SR DRHMJ Kiarong.


Cikgu Hjh Noorul Faizah
Penceramah jemputan - Ustaz Haji Anwari


Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah asyik mendengar ceramah

Guru-guru dan kakitangan bergambar bersama penceramah