Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 27 Tahun

25 Februari 2011, Hari Jumaat  – Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong, Brunei III telah menngadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 27 Tahun bertempat di Dewan Sejahtera. ACara dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai. Beberapa persembahan telah diadakan bagi memeriahkan majlis ini seperti nyanyian koir murid-murid dan mendeklamasikan sajak oleh murid Tahun 3 dan 4. Kuiz Hari Kebangsaan dan Jangan Lupa Lirik khas untuk Ibubapa juga telah diadakan dan disambut meriah oleh ibubapa yang menghadiri majlis tersebut. Sebelum acara berakhir pengerusi PIBG telah menyampaikan cenderahati kepada Tokoh Jasawan iaitu Tetamu Khas Tuan Haji Hassan Bin Haji Ahim Ketua Kampong Kiarong.