Lawatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Ke Sekolah Rendah Amo, Temburong

21 Mac 2012, Hari Rabu - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong Brunei III telah mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Amo, Temburong. Lawatan ini adalah salah satu aktiviti pada cuti sekolah penggal pertama. Seramai lima puluh orang iaitu ibu bapa, guru dan murid telah menyertai lawatan ini dengan menaiki bas yang telah disediakan. Beberapa persembahan dan aktiviti telah disediakan oleh pihak Sekolah Rendah Amo, Temburong bagi menyambut kedatangan warga PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong Brunei III.



























Staff Development - E-Entertainment (Safety)

7 Mac 2012 - Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong telah menjemput Cikgu Zuno Kartono dari Sekolah Rendah Rimba I untuk mengadakan staff development mengenai E-Entertainment (Safety). Staff development ini telah dihadiri oleh guru-guru dari Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong dan Sekolah Rendah HMJM Kiulap.