Staff Development - Ceramah Mengenai Histeria

Rabu, 28 September 2011 dan Isnin, 3 Oktober 2011 - Cikgu Hjh Noorul Faizah Binti Abdullah telah menjemput Ustaz Haji Anwari Bin Haji Rawee dari Pusat Da'awah Islamiah untuk menyampaikan ceramah mengenai Histeria. Ustaz Haji Anwari telah menerangkan mengenai histeria dan punca berlakunya histeria. Beliau juga telah memberikan beberapa panduan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah untuk menanganinya apabila terjadinya histeria. Ceramah ini telah diadakan di bilik Inayah, SR DRHMJ Kiarong.


Cikgu Hjh Noorul Faizah
Penceramah jemputan - Ustaz Haji Anwari


Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah asyik mendengar ceramah

Guru-guru dan kakitangan bergambar bersama penceramah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011

Pada 12 September 2011, Hari Isnin - Warga SR Datu Ratna Hj Muhammad Jaafar Kiarong telah merayakan Sambutan Hari Raya di sekolah. Acara dimulakan dengan murid-murid dan guru-guru berkumpul di dalam Dewan Sejahtera. Penolong Guru Besar 1 dan 2 akan menyerahkan duit hari raya daripada guru-guru dan kakitangan sekolah kepada semua murid-murid. Bagi memeriahkan lagi suasana hari raya pada pagi ini, guru-guru akan berkunjung ke kelas-kelas bagi menikmati kuih-kuih raya yang dibawa oleh murid-murid.










Ceramah Motivasi untuk Tahun 4, 5 dan 6

Tarikh: 17 Ogos 2011
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Sejahtera SR Datu Ratna Hj Muhammad Jaafar, Kiarong Brunei III

Penceramah: Cikgu Ali Yusri Bin Abdul Ghafor















 






Majlis Khatam Al-Quran Sempena Tadarus Bulan Ramadhan 1432H

16 Ogos 2011, Selasa - Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dikalangan Guru-Guru dan murid-murid. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sejahtera bermula pada jam 8.30 pagi.



 





Majlis ini juga diselajurkan dengan Penyampaian Hadiah Kuiz Sempena Sambutan Isra' Mikraj dan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Hj Hassanal Bolkiah. Hadiah-hadiah ini telah disampaikan oleh Guru Besar, Hjh Taibah Binti Hj Ahmad.








Setelah majlis pada pagi ini berakhir, guru-guru dan kakitangan sekolah telah mengagih-agihkan minuman kotak kepada semua murid-murid untuk dibawa pulang.