PENGUMUMAN!!

Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong, Brunei III akan mengadakan Majlis Pelancaran DR.K's Herbs Plant-A-Thon pada hari Ahad 8 Julai 2012. Beberapa aktiviti yang akan dijalankan selama dua hari iaitu 6 Julai 2012 (hari Jumaat) dan 8 Julai 2012 (hari Ahad). Aktiviti yang akan dijalankan adalah Sukan Ria Keluarga DR.K, peraduan mewarna, senamrobik, perlawanan persahabatan guru-guru dan ibubapa. Selain daripada itu, ada juga jualan dan permainan bouncer diadakan. Kepada sesiapa yang hendak ikut serta dalam jualan bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil borang. Ibu bapa / penjaga adalah dialu-alukan datang bagi menjayakan majlis ini.