Khamis, 14 Rabiulawal 1435H / 16 Januari 2014 - Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong telah mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah Maghrib-Isya' dan Dikir Maulud yang diadakan di Dewan Sejahtera. Turut hadir pada malam itu adalah Ketua Kampong Kiarong, Haji Omarsidi Bin Haji Ahmad dan beberapa ahli Mesyuarat Perundingan Kampong Kiarong.